Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot

    Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin, Butterworth, malam tadi.

    Mohd Izwan Ilias, 42, yang juga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dikatakan terjatuh ke dalam sungai di kawasan itu ketika menyelenggara bot penyelamat kira-kira jam 10 malam.

    Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Khairy Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.20 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat.

    “Mangsa membuat penyelenggaraan bot bagi memastikan bot berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sekiranya diperlukan bagi sebarang operasi.

    “Bagaimanapun, ketika penyelia datang membuat pemeriksaan mendapati mangsa tiada di bot dan bot itu juga didapati telah hanyut sebelum terdengar jeritan mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

    Dia berkata ketika ini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

    Bernama

    – Bernama

    ALSO READ:  Peminjam Hijrah Selangor tak bayar pinjaman cecah RM135 juta

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts