Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnggota polis didakwa pukul ibu mertua

    Anggota polis didakwa pukul ibu mertua

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencederakan ibu mentuanya.

    P Hemaath Kumar, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 63 tahun itu dengan memukulnya menggunakan tangan di sebuah rumah di Bandar Baru Sri Petaling di Kuala Lumpur pada 9.20 malam, 25 Jun lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh, manakala peguam Vinod Sharma yang mewakili Hemaath Kumar memohon jaminan rendah.

    Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan 20 Nov ditetapkan untuk sebutan kes.

    Tertuduh sebelum ini pernah didakwa atas kesalahan memukul isterinya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts