Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnggota polis didakwa rogol remaja dalam kereta peronda

    Anggota polis didakwa rogol remaja dalam kereta peronda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anggota polis berdepan empat pertuduhan jenayah termasuk membabitkan kes merogol seorang gadis bawah umur dalam kejadian pada awal bulan ini.

    Lans Koperal Muhammad Fazrul Razzi didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan melakukan kesalahan itu terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di dalam kereta peronda di Ampang kira-kira 10.30 malam, 9 Jan lalu.

    Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376(1) dan 377CA Kanun Keseksaan.

    Penjawat awam berusia 31 tahun itu juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

    Fazrul juga didakwa melakukan serangan fizikal seksual terhadap mangsa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    Jika sabit kesalahan Fazrul boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebat mengikut Seksyen 377CA.

    Dia juga boleh dipenjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 377C.

    Bapa kepada satu anak yang sudah berkahwin itu juga berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat atas kesalahan Seksyen 14(a).

    Hakim Mahkamah Sesyen Norshila Kamaruddin membenarkan dia dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, dan memerintahkan dia tidak bercakap dengan mangsa.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts