Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnggota polis ditahan bantu siasatan kes rogol remaja

    Anggota polis ditahan bantu siasatan kes rogol remaja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan empat.

    Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota berpangkat sarjan itu direman hingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

    “Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.

    “Jabatan Integriti dan Permatuhan Standard akan mengambil tindakan dalaman daripada pihak jabatan kepada anggota yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Healthy Eating Active Living (HEAL) anjuran Lions Club of Ipoh di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan pelajar berumur 16 tahun itu mendakwa kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah pada Julai dan Oktober tahun lepas.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts