Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnggota tentera maut, terseret 100 meter

    Anggota tentera maut, terseret 100 meter

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anggota tentera telah terbunuh selepas terseret sejauh 100 meter dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 379 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Slim River, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira 11.14 malam tadi yang melibatkan sebuah lori jenis Isuzu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), motosikal Yamaha 125ZR, dan kereta Nissan Almera.

    Beliau berkata mangsa, Mohamad Hafizz Yusof, 28 tahun, yang menunggang motosikal telah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

    Menurutnya siasatan awal mendapati seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 39 tahun memandu lori itu dari Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban, Pulau Pinang menuju ke Shah Alam, Selangor.

    “Apabila tiba di KM 379 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Slim River, lori berkenaan telah mengalami kerosakan dan pemandu telah berhenti di lorong kecemasan.

    “Bagaimanapun beberapa minit kemudian pemandu terbabit telah terdengar bunyi dentuman dari arah belakang kanan kerana telah dilanggar oleh mangsa Mohamad Hafizz,” katanya.

    Mohd Hasni berkata ketika kejadian, pemandu kereta berusia 28 tahun yang memandu di lorong kanan tidak sempat mengelak Mohamad Hafizz yang tercampak di hadapannya, menyebabkan mangsa diseret sejauh 100 meter.

    “Akibat daripada kemalangan ini, Mohamad Hafizz telah mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Slim River untuk dibezah siasat,” katanya.

    Mohd Hasni berkata dua pemandu lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts