Jumlah korban akibat serangan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 29,692, manakala 69,879 individu lagi cedera, mengikut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Wafa.
Sekaligus itu, ambulans dan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke tempat kejadian serangan kerana banyak mayat masih tertimbus di bawah runtuhan atau dibiarkan di jalan raya ketika tentera Zionis terus menyasarkan kakitangan pertahanan awam dan ahli perubatan.
Pencerobohan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan 85 peratus penduduknya kehilangan tempat tinggal di samping ancaman kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan, dengan 60 peratus infrastruktur rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Buat pertama kalinya sejak penubuhan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada tahun 1948, Israel dituduh melakukan genosid.
– Bernama-Wafa