Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnjur program pupuk ketakwaan menjelang Ramadan - Menteri

    Anjur program pupuk ketakwaan menjelang Ramadan – Menteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penganjuran sebarang program menjelang dan pada Ramadan hendaklah menjurus ke arah membina dan menambah ketakwaan kepada umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

    Beliau berkata pihak penganjur perlu lebih sensitif dalam menganjurkan sebarang program dengan mengambil kira kepentingan dan kesucian agama Islam terutama dalam suasana menyambut ketibaan Ramadan.

    “Kita galakkan supaya ketika Ramadan atau menjelang bulan itu, perbanyakkan usaha ke arah memperkukuh iman dan takwa. Apa sahaja aktiviti (boleh dianjurkan) termasuk ceramah dan sebagainya, pelbagai kaedah dibuat untuk mengisi (Ramadan) sekali gus membina Madrasah Ramadan.

    “Sebagai contoh program di Johor oleh artis, Alif Satar yang menggerakkan kempen #GengSubuhMacamJumaat…yang ini kita dukung. Program yang membawa masyarakat untuk dekat kepada Allah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Syarahan Malaysia Harmoni di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pihak merancang menganjurkan konsert atau program kesenian di negara ini menjelang Ramadan.

    Mohd Na’im berkata pihak penganjur dan mufti juga perlu berbincang dan mencari jalan terbaik sekiranya berlaku perbezaan pandangan dalam sesuatu isu seterusnya dapat memanfaatkan masyarakat.

    “Dalam konteks membina harmoni, saya syorkan supaya penganjur dan mufti duduk semeja berbincang dengan cara baik…pembinaan hubungan bukan hanya dengan Allah tapi perlu diperkukuh hubungan sesama manusia,” katanya.

    Beliau berkata golongan mufti juga perlu mengeluarkan pandangan secara berhati-hati dan tidak mendatangkan kegusaran masyarakat Islam.

    Mengenai program Syarahan Malaysia Harmoni anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini, beliau berkata ia merupakan platform memperkasa penghayatan bagi memperkukuh kesejahteraan dan keharmonian negara.

    ALSO READ:  Penyelesaian bon 1MDB: Peguam dakwa tindakan SPRM berniat jahat

    Beliau berkata Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara juga diaktifkan semula bagi memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

    Sementara itu, beliau turut mengesyorkan kursus Pendidikan Keamanan diperkenalkan kepada mahasiswa sekali gus membangunkan penghayatan mengenai kepentingan keamanan dalam kalangan generasi muda dan masyarakat.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts