Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnti-Israel: Amanah ingatkan pendirian PAS semasa dalam k'jaan

    Anti-Israel: Amanah ingatkan pendirian PAS semasa dalam k’jaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Amanah hari ini mengingatkan bagaimana kerajaan PN yang mentadbir Malaysia pernah menyertai expo antarabangsa yang disertai Israel walaupun didedak agar menarik diri seperti langkah diambil Palestin.

    Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Bahrin Shah Raja Ahmad berkata PAS juga sekadar mengikut tanpa dan tidak mempersoalkan dasar yang dibuat Putrajaya ketika mereka berada dalam kerajaan selama 33 bulan.

    Pada masa sama, kata Raja Bahrin, ketika Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menjadi perdana Menteri dia turut menyokong penyelesaian dua negara (two state solusion) bagi menamatkan krisis Palestin dan Israel.

    “Ia dinyatakan perdana Menteri ketika itu ketika Israel giat merobohkan rumah rakyat Palestin serta merampas tanah mereka untuk dijadikan bandar baru Yahudi.

    “Satu dunia sudah tahu rakyat Palestin ketiadaan tanah untuk tinggal pada ketika itu.

    “Itulah omong kosong Muhyiddin, dan PAS sepatah pun tidak bersuara sama di parlimen atau melalui duta khas Timur Tengah yang bertaraf Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Raja Bahrin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang beberapa hari lalu yang menuduh kerajaan, khususnya PH, bersikap munafik dalam isu Palestin.

    Untuk rekod duta khas Timur Tengah yang dirujuk Raja Bahrin itu ialah Abdul Hadi Awang yang dilantik menggalas jawatan berkenaan selepas terbentuknya kerajaan PN pada 2020.

    Kata Raja Bahrin selain gagal bersuara lantang membela Palestin, PAS juga menyokong kuat langkah kerajaan PN menyertai Expo Dubai 2020 walaupun Israel menjadi salah seorang pesertanya.

    Bahkan, katanya, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim, yang ketika itu menjadi timbalan Menteri dalam kabinet Muhyiddin secara terbuka menyokong tindakan berkenaan.

    “Ahmad Amzad menganggap penyertaan Malaysia dalam expo itu sangat penting dalam rangka hubungan multilateral dan perdagangan antarabangsa Malaysia,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Lembaga pengampunan tak berhak maafkan tertuduh, kata Hadi

    Tambah Raja Bahrin, Ahmad Amzad mendakwa expo tersebut disertai Palestin sedangkan hakikatnya negara terbabit menarik diri sebagai langkah memprotes kehadiran Israel.

    “Tidak memadai dengan kenyataan bersemangat itu, Ahmad Amzad dengan bangganya mendirikan billboard (papan iklan besar) di Kuala Terengganu dengan memaparkan gambar beliau sendiri,” katanya.

    Pada masa sama, katanya, PH sentiasa konsisten membela nasib dan hak Palestin sama ada ketika menjadi kerajaan atau pembangkang.

    Sebaliknya, kata Raja Bahrin, ahli parlimen PAS berbangga mempromosikan ekspo yang disertai Israel selain berdiam diri dengan dasar kerajaan PN.

    “Siapakah PAS untuk menuduh PH munafik jika sikap mereka terhadap Israel sendiri tidak konsisten?” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts