Anwar Ibrahim memberitahu bahawa penggubalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap (FTPA) bukanlah keutamaan buat kerajaan pada ketika ini.
Menurut perdana Menteri, walaupun beliau berminat untuk melihat isu tersebut dengan lebih mendalam, setakat ini belum ada perbincangan dibuat mengenainya.
Bahkan pada pandangan Anwar “agak pramatang” untuk kerajaan membuat keputusan mengenai FTPA.
“Kerajaan belum mendapat sebarang komen daripada peguam negara (AG) dan belum ada kata sepakat dalam kalangan pemimpin kerajaan perpaduan… kita lalui dengan proses itu,” katanya.
Apabila ada cadangan dikemukakan nanti, kata Anwar, kerajaan akan menelitinya dengan sebaik mungkin.
“Tetapi bagi saya, ia bukan keutamaan (buat masa ini),” katanya.
Perdana Menteri ditemui media selepas menghadiri pelancaran AI Untuk Rakyat di Pusat Kesenian & Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Universiti Putra Malaysia, Serdang hari ini.
[Laporan lanjut menyusul]