Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesAnwar boleh turun kempen bila-bila masa, kata Fahmi

    Anwar boleh turun kempen bila-bila masa, kata Fahmi

    -

    Shopee CNY Sale

    PRK KKB | Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menjelaskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh turun berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu pada bila-bila masa.

    Dia menjawab soalan pemberita mengenai isu ketiadaan Anwar yang juga pengerusi PH pada kempen calon PH, Pang Sock Tao.

    “Beliau (Anwar) boleh turun (berkempen) pada bila-bila masa.

    “(Sebelum ini) PMX dah turun bersama Menteri besar Selangor pada satu program jamuan hari raya.

    “Maka beliau dah teliti isu-isu yang ada di Kuala Kubu Bharu,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya malam tadi.

    Sebelum ini, Fahmi berkata Anwar mungkin tidak akan turun berkempen pada pilihan raya kecil ini.

    Dia berkata sudah menjadi “tradisi” dalam beberapa siri PRK sebelum ini untuk perdana Menteri tidak turun berkempen.

    Untuk rekod, Anwar turun berkempen ketika PRK Simpang Jeram, Pulai dan Pelangai – yang ketiga-tiganya diadakan tahun lalu.

    Sementara itu, Fahmi turut mengingatkan parti lawan agar tidak memainkan isu perkauman dalam kempen di KKB.

    Ini selepas Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menjadikan isu pendidikan Pang sebagai sasaran.

    “Jangan guna isu perkauman. Jangan mainkan sentimen seperti ini kerana ia (akan menjadi) ‘senjata makan tuan’.

    “Berapa ramai pimpinan PAS hantar anak ke sekolah Cina? Saya difahamkan cucu Haji Hadi (Presiden PAS) pun dihantar ke sekolah Cina,” katanya lagi.

    Pang sebelum ini berkongsi keputusan SPM dan UPSR yang menunjukkan keputusan cemerlang semua A selepas dia dicabar Fadhli agar mendedahkan keputusan berkenaan.

    Calon berusia 31 tahun itu mengambil SPM pada 2010 dan mendapat keputusan semua A, meliputi A+, A dan A-.

    Pelajar Sekolah Menengah Chung Hua di Port Dickson, Negeri Sembilan itu turut mendapat keputusan lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (A) dan Bahasa Inggeris (A+), berbanding Bahasa Cina (A-).

    ALSO READ:  Jawatan KP J-Kom akan diisi secepat mungkin - Fahmi
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts