Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar dahului kuasa speaker isu bahas kes Zahid di parlimen - Takiyuddin

    Anwar dahului kuasa speaker isu bahas kes Zahid di parlimen – Takiyuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melangkaui bidang kuasa speaker Dewan Rakyat dengan membuat kenyataan enggan membahaskan keputusan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, kata pemimpin Perikatan Nasional (PN).

    Kuasa untuk memutuskan sebarang usul untuk membahaskan sesuatu perkara terletak pada speaker Dewan Rakyat, kata ketua whip PN Takiyuddin Hassan.

    “Di sini jelas bahawa perdana Menteri telah membuat kenyataan yang melampaui bidang kuasa dan perananannya sebagai Ketua Majlis dengan mendahului keputusan yang sepatutnya dibuat oleh Yang Dipertua Dewan,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan malam tadi.

    Tambah bekas Menteri undang-undang itu, kes berkenaan perlu dibahaskan di Parlimen kerana ia memberi kesan kepada banyak perkara termasuk badan kehakiman serta imej dan integriti kerajaan.

    Kata pemimpin PAS itu lagi, ketidakpuasan hati dan respons negatif orang ramai terhadap keputusan kes berkenaan membuktikan lagi betapa pentingnya ia dibahaskandi Dewan Rakyat.

    Takiyuddin menjelaskan tiada isu sub judice dalam kes ini kerana mahkamah telah pun memberikan DNAA kepada Zahid.

    Doa berkata alasan Anwar bahawa peguam negara bukan Menteri atau ahli parlimen juga tidak boleh diterima.

    “Selama ini segala isu perundangan termasuk yang dibangkitkan di Parlimen oleh perdana Menteri sendiri dan partinya semasa berada di pihak pembangkang dahulu dapat dijawab malah diberikan penerangan yang jelas oleh Menteri-Menteri yang berkaitan termasuk kes mahkamah melibatkan isu 1MDB dan seumpamanya,” katanya.

    PN percaya keputusan kes Zahid mesti dibahaskan di Parlimen kerana persepsi negatif rakyat terhadap keputusan kes itu kerana ia berkait rapat dengan soal integriti Jabatan Peguam Negara dan kerajaan.

    “Justeru PN menyeru dan mengharapkan agar Yang diPertua Dewan Rakyat akan membuat petua yang dihormati berkaitan perkara ini berdasarkan peratuan dan undang-undang yang ada secara adil saksama tanpa gentar dan memihak serta tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak termasuk kerajaan,” kata Takiyuddin.

    ALSO READ:  PDRM umum pertukaran 23 pegawai kanan

    Anwar sebelum ini berkata parlimen bukanlah tempat untuk membahaskan DNAA yang diberikan kepada Zahid kerana terdapat pengasingan kuasa antara tiga cabang kerajaan – eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts