Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar didakwa abaikan terus masyarakat India

    Anwar didakwa abaikan terus masyarakat India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak melantik seorang pun pemimpin etnik Tamil dalam rombakan Menteri membuktikan dia terus mengabaikan masyarakat India di negara ini, kata Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

    Timbalan presidennya, S Subramaniam, berkata selain itu tindakan-tindakan Anwar sebelum ini dilihat MIPP secara konsisten menunjukkan dia adalah perdana Menteri paling buruk buat masyarakat India.

    “Sejak penubuhan jemaah Menteri di negara ini pada 1955, pemimpin etnik Tamil dilantik sebagai Menteri. Ini kali pertama tiada pemimpin etnik Tamil dalam jemaah Menteri.

    “Maka keputusan Anwar tidak melantik wakil etnik Tamil merupakan satu lagi ‘kejayaan’ kerajaan dalam mengabaikan masyarakat India yang memberi sokongan penuh kepada PH pada PRU ke-15 yang lalu,” katanya kepada Malaysiakini.

    Tambah Subramaniam, Anwar juga tidak melantik seorang setiausaha politik daripada kalangan India untuk membantunya dalam kerajaan.

    S Subramaniam

    Katanya ketika ini Anwar mempunyai empat setiausaha politik, dengan tiga daripadanya berbangsa Melayu manakala seorang lagi Cina.

    “Dia hanya melantik seorang pegawai khas daripada bangsa India.

    “Kenapa tiada setiausaha politik daripada pemimpin India? Adakah pemimpin India dalam PH tidak berkemampuan?” soalnya.

    Untuk rekod, Anwar dalam pengumuman rombakan kabinet menggugurkan Menteri sumber manusia V Sivakumar dan menggantikannya dengan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

    V Sivakumar

    Perdana Menteri juga melantik Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo selaku Menteri digital.

    Keputusan itu sekali gus menjadikan buat pertama kali tiada wakil etnik Tamil kabinet.

    MIPP merupakan parti politik yang ditubuhkan pada 2019 lalu dan sudah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai PN.

    Subramaniam berkata, permintaan MIPP agar kerajaan melantik seorang pemimpin dari etnik Tamil dalam kabinet bukanlah bersifat rasis sebaliknya berdasarkan realiti negara.

    ALSO READ:  Rugby league-Wigan cap dominant season with Super League Grand Final win over Hull KR

    “Di Malaysia, hampir 85 peratus masyarakat India adalah etnik Tamil. Bahasa pengantar dalam kalangan masyarakat India adalah bahasa Tamil.

    “Justeru adalah adil untuk memberi tempat kepada seorang pemimpin etnik Tamil dalam kabinet,” katanya.

    Tiada kaum boleh tercicir

    Subramaniam juga mencabar Anwar untuk mendedahkan sebab Sivakumar digugurkan.

    “Rakyat Malaysia ingin tahu kenapa Sivakumar digugurkan. Adakah dia tidak cemerlang?

    “Bagaimana dengan Rafizi Ramli yang pernah dilabel sebagai antara Menteri paling tidak menonjol dalam kabinet sebelum ini masih dikekalkan?

    “Ada juga laporan sebuah portal tempatan memberikan gred D kepada sektor kesihatan awam sempena setahun kerajaan Anwar. Namun, menterinya tidak digugurkan sebaliknya diberikan kementerian baru.

    “Ini yang saya katakan, Anwar terus mengabaikan masyarakat India di negara ini,” katanya.

    P Waythamoorthy

    Sementara itu, Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) P Waythamoorthy berkata kaum India berasa kecewa dengan rombakan kabinet.

    “Menari untuk lagu MGR dan memetik ‘Thirukural’ dalam ucapan tidak akan menyelesaikan masalah kaum ini.

    “Kita perlu seseorang wakil India dalam kabinet untuk membangkitkan isu kaum terbabit,” katanya dalam posting di Facebook.

    Bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri dalam Kerajaan PH berkata keputusan Anwar itu jelas satu pengkhianatan kepada masyarakat India.

    Anwar terkenal dengan memperagakan rentak tarian ala pelakon lagenda filem Tamil, MGR, ketika berkempen dalam PRU.

    Nivas Ragavan

    Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) Nivas Ragavan berkata rombakan kabinet itu bukan satu kejutan.

    “Tiada yang luar biasa. Perdana Menteri terpaksa menggembirakan semua parti dalam Kerajaan Madani dengan komposisi terkini sehingga 60 ahli (Menteri dan timbalan Menteri).

    “Pembaharuan perdana Menteri menyokong dasar tindakan afirmatif berasaskan keperluan dan bukannya berasaskan kaum justeru dasar kerajaan seharusnya memberi manfaat kepada seluruh negara.

    ALSO READ:  Tiga agensi siasat dakwaan laman sesawang Perkeso digodam - Fahmi

    “Oleh itu tanpa mengira perwakilan masyarakat India dalam kabinet, tiada kaum boleh ketinggalan daripada agenda ekonomi arus perdana,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts