Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar enggan layan kenyataan Akmal gelar Menteri 'bodoh'

    Anwar enggan layan kenyataan Akmal gelar Menteri ‘bodoh’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia tidak akan melayan kenyataan Dr Akmal Saleh selepas Ketua Pemuda Umno itu menggelar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai “bodoh” dan menjadi punca keadaan ekonomi lemah.

    “Saya tidak melayan kenyataan seperti itu. Pada fikiran saya, ia bukan konteks yang betul bagi kerajaan perpaduan kita. Kita harus bekerjasama,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Anwar berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar dan sambutan ulang tahun kelahiran Dr Ambedkar ke-133 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, Selangor hari ini.

    Kelmarin Akmal menafikan kempen boikot yang dilancarkannya sebagai punca ekonomi negara semakin teruk.

    Sebaliknya, Akmal berkata keadaan ekonomi menjadi buruk kerana terdapat Menteri “bodoh” seperti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

    Nga sebelum itu membuat hantaran di X mengatakan bahawa pekerja tempatan menanggung sengsara akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    “Jangan sekali masuk dalam peranangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara,” kata pemimpin DAP itu.

    Dia turut memuat naik tangkapan skrin daripada laporan media Cina dalam ciapan tersebut.

    Akmal sebelum ini menggesa orang ramai memboik KK Mart susulan penemuan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

    Namun keadaan terus hangat apabila beberapa cawangan KK Marti dilempar bom petrol.

    Selain itu Akmal juga mengajak orang ramai memboikot produk keluaran syarikat usahawan kosmetik Aliff Syukri kerana mengeluarkan video pendek lagu raya yang didakwa mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

    Pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Ismail berkenan menerima mengadap pemimpin Umno dan DAP, termasuk Akmal sendiri di Istana Negara.

    ALSO READ:  Soccer-Joy, heartbreak splayed across newspapers after Euro 2024 final

    Baginda bertitah agar isu itu dihentikan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts