Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar hadiri mesyuarat tertutup bersama MPN PKR tiga Negeri

    Anwar hadiri mesyuarat tertutup bersama MPN PKR tiga Negeri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri mesyuarat tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya di Butterworth.

    Beliau diiringi Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi, dan Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan.

    Anwar mengadakan pertemuan itu secara berasingan mengikut Negeri namun tiada perincian diberikan mengenai sesi tersebut.

    Perdana Menteri, yang akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang esok, mempunyai jadual padat dengan kunjungan ke Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda pada sebelah pagi sebelum ke Persidangan Antarabangsa Zakat di Universiti Sains Malaysia.

    Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri rakyat di Masjid Jamek Tengah Berapit, Permatang Pauh.

    Selepas itu, Anwar akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai sebelum mengakhiri lawatan beliau ke Majlis Pecah Tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts