Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar ikrar perjuang kebebasan Palestin, tak hirau ugutan negara luar

    Anwar ikrar perjuang kebebasan Palestin, tak hirau ugutan negara luar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia akan terus memperjuangkan kebebasan Palestin tanpa menghiraukan sebarang ugutan dari negara luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar ketika mengulas pendedahan beliau berhubung ugutan itu, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin berkata perjuangan Malaysia ke arah tujuan berkenaan merupakan suatu tanggungjawab dan akan diteruskan.

    “Ada Ahli Parlimen Eropah yang usulkan perkara ini terhadap Malaysia. Tidak jadi masalah, jadi kita jangan hirau soal ini. Kita ada urusan kerja. Insya-Allah kita akan teruskan kerja kita,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di Cyberjaya hari ini.

    Anwar membuat pendedahan itu ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam, selain menegaskan selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

    Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak.

    Ketika ditanya kesan daripada pendirian berkenaan terhadap keselamatan negara, Anwar berkata beliau tidak bimbang soal itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

    “Soal keselamatan, Ketua Polis Negara ada. Mereka akan uruskan, jadi saya tidak bimbang,” katanya.

    Razarudin hari ini dilaporkan berkata Polis Diraja Malaysia memberi jaminan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan terhadap Anwar dan tidak akan berkompromi terhadap perkara itu kerana ia menjadi keutamaan pasukan keselamatan negara.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts