Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar ingatkan ahli PKR tak alpa dengan kuasa

    Anwar ingatkan ahli PKR tak alpa dengan kuasa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli parti terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.

    Beliau berkata bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan PKR kerana ramai individu yang mengasaskan parti itu termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta rakan-rakannya semakin berusia dan ada antara mereka sudah uzur.

    Anwar berkata generasi muda tidak harus melupakan dasar perjuangan parti selama 25 tahun sejak penubuhan PKR.

    “Mereka ini berjuang tanpa habuan, tanpa kedudukan tapi semata-mata demi pengorbanan. Saya harap generasi baharu tidak akan melupakan jasa mereka.

    “Sepertimana saya selalu sebut, kuasa itu mampu memukau, kuasa itu suatu yang gemerlapan. Maka ingat tentang asas perjuangan, jangan guna kuasa untuk menimbun harta, jangan guna kuasa untuk hilangkan idealisme bahawa kita pegang amanah untuk melakukan perubahan,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul semalam.

    Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Fahmi Fadzil, Ketua Wanita Fadhlina Sidek dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim.

    Anwar juga berkata meskipun PKR ‘diserang’ dengan pelbagai tohmahan oleh pihak pembangkang namun sebagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, ia tetap memperjuang dasar dan hak rakyat.

    “Kita lihat umpamanya kempen PRK KKB (Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu), isu ini terus dimainkan. Mana boleh di Malaysia majoriti Islam, perwakilan di Parlimen Islam tapi nak nafikan hak (kaum) Cina, India, Dayak atau Iban, Kadazan untuk tetap diwakili.

    ALSO READ:  One in four US Black men under 50 support Trump for president, NAACP poll finds

    “Saya nak beritahu Keadilan (PKR) akan tetap pertahan Perlembagaan serta negara ini supaya aman dan setiap suku kaum mesti dapat perwakilan (hak) yang adil,” katanya.

    Beliau berkata Kerajaan Perpaduan akan terus mendukung hak Melayu dan Bumiputera secara adil dan tidak akan berganjak dengan serangan berbentuk sentimen perkauman yang sempit.

    Menyentuh soal dasar luar, Anwar berkata Kerajaan Malaysia akan mempertahan dasar negara bebas dan merdeka dalam menjalin hubungan dengan negara asing.

    “Kita tetap pertahankan dasar bebas dan merdeka… hubungan kita dengan barat, dengan Amerika Syarikat dan Eropah, kita harus perkukuhkan… dan hubungan (kita) termasuk dengan China, Jepun dan Korea Selatan harus terus dipertingkat serta jiran-jiran yang penting dalam ASEAN,” katanya.

    Beliau berkata ini termasuk konflik di Gaza, Palestin yang menyaksikan kerajaan Malaysia komited dan tegas memperjuangkan isu itu di mata dunia.

    Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts