Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar ingatkan supaya jangan bazirkan dana awam

    Anwar ingatkan supaya jangan bazirkan dana awam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua anggota perkhidmatan awam negara supaya berjimat cermat dalam membelanjakan setiap sen dana negara.

    Berucap pada majlis perhimpunan bulanan kakitangan di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, pagi tadi, katanya, ini termasuk berhemah dalam penggunaan elektrik dan alat tulis.

    “Membazir ini kita selalu lihat yang besar-besar. Kita lupa cara kita guna elektrik pejabat. Macam ayah kita yang bayar atau cara guna pen.

    “Pen ketua jabatan 5 (batang), KSU (ketua setiauusaha) 10, KSN (ketua setiausaha negara) 12, Menteri 15, dan PM 20.

    “Itu sebagai contoh. Tak sampai 20, saya ingat ada 18 (pen) kot, yang bermaksud, kita kena baiki,” kata Anwar secara berseloroh.

    Perdana Menteri memberitahu penjawat awam bahawa mereka mesti menambah baik cara mereka menggunakan bekalan kerajaan kerana ia datang daripada wang pembayar cukai.

    Wang yang dijimatkan, tambahnya, boleh disalurkan untuk tujuan yang lebih baik.

    Dia juga meminta Jabatan Kemajuan Islam membantu dalam memupuk budaya berhemah di kalangan penjawat awam yang beragama Islam.

    “Saya beritahu KSN bahawa masa saya jadi Menteri kewangan (1991-1998) dulu, bila perhimpunan kita di luar,  nampak lampu mana masih ada (bernyala).

    “Saya minta ketua jabatan pastikan pergi tutup lampu dulu. Kamu keluar satu jam, Kenapa lampu mesti dibiarkan.

    “Inibukanduit kita, ini dana awam,” katanya.

    Sementara itu, mengenai bonus perkhidmatan awam yang dicadangkan oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2024, Anwar berkata ia sebagai tanda penghargaan sementara menunggu semakan menyeluruh terhadap skim gaji semasa mereka.

    Menurut perdana Menteri, adalah tidak realistik bagi kerajaan untuk mengharapkan prestasi tinggi dan produktiviti daripada penjawat awam tanpa meningkatkan gaji mereka setimpal dengan kerja.

    ALSO READ:  'Ada gerakan kumpul tandatangan mahasiswa untuk bebaskan Najib'

    “Saya harap signal diberikan kerajaan untuk beri pengiktirafan pada perkhidmatan awam juga disambut oleh sektor swasta,” katanya lagi.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts