Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar jumpa PM Jordan, bangkit kepentingan sokong iktiraf Palestin di PBB

    Anwar jumpa PM Jordan, bangkit kepentingan sokong iktiraf Palestin di PBB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di PBB ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi semalam.

    Pada pertemuan kira-kira 20 minit itu, Anwar turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.

    Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan Malaysia buat Jordan yang memainkan perananan penting dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin.

    Pada 19 April lepas, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto bagi menolak usul PBB untuk mengiktiraf negara Palestin dalam pengundian Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sekali gus menafikan keahlian penuh Palestin dalam badan dunia itu.

    Menyentuh mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara, Anwar menzahirkan penghargaan atas jemputan Raja Jordan Raja Abdullah II untuk berkunjung ke negara itu pada tahun ini.

    Dia turut mengulangi hasrat untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama Pertama pada 2025 yang tertangguh sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.

    Kedua-dua pihak bersetuju mengembangkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya perdagangan dua hala yang kini bernilai AS$263 juta (RM1.25 bilion).

    Bagi sektor pelancongan, Malaysia mencadangkan memorandum persefahaman baru dimeterai dalam kerjasama membabitkan kebudayaan, kesenian dan warisan.

    Kedua-dua pemimpin juga bersetuju meneroka kerjasama dalam penyediaan perkhidmatan pembiayaan perdagangan Islam selain kerjasama membabitkan kepakaran syariah, kajian dan undang-undang perbankan untuk meneroka bidang baru seperti inovasi, fintech atau teknologi kewangan serta kemampanan.

    Malaysia dan Jordan turut bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan.

    Kedua-dua pemimpin juga membincangkan beberapa perkara antaranya bidang pendidikan, perdagangan, pelaburan, pelancongan, pertahanan, perbankan Islam dan kesihatan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts