Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar: Kecaman, kritikan pngampunan Najib mesti dihentikan

    Anwar: Kecaman, kritikan pngampunan Najib mesti dihentikan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan untuk menyeru agar semua kritikan terhadap keputusan Lembaga Pengampunan mengenai penurunan hukuman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihentikan.

    Anwar juga menekankan bahawa keputusan tersebut perlu dihormati kerana ia telah dibuat berdasarkan undang-undang, serta atas belas ihsan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

    “Pertimbangan utama keputusan ini adalah mengenai belas kasihan dan ihsan, atau seperti yang dinyatakan oleh bekas Yang di-Pertuan Agong sebagai mercu keihsanan atau ‘fountain of mercy’.

    “Sama ada Yang di-Pertuan Agong memilih untuk memberikan penjelasan atau tidak, itu adalah hak beliau,” katanya semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’Seri Endon, Puspanitapuri hari ini.

    Anwar menjelaskan pandangannya berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengurangan sebanyak 50 peratus bagi tempoh hukuman penjara dan denda yang perlu dibayar oleh Najib.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts