Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan rancangan untuk membantu pekerja mereka yang berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri kewangan berkata rancangan itu perlu dibentangkan kepadanya dalam masa sebulan.
Dia berkata rancangan itu perlu merangkumi soal pelaburan, isu bumiputera serta pendidikan dan perumahan pekerja.
“Saya tanya (tentang) masalah mereka yang tak selesai, umpamanya keluarga miskin tegar di bawah Tenaga (Nasional Berhad) atau Telekom (Malaysia Berhad).
“Adakah ini masalah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau masalah syarikat? Tentunya masalah syarikat,” katanya semasa perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Dia berkata tidak wajar untuk GLC mencatatkan keuntungan yang tinggi tetapi meletakkan tanggungjawab berkenaan pekerjanya yang bergelut kepada kerajaan.
[Berita lanjut menyusul]