Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan

    Anwar mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan bersama penjawat awam menuju tahun baharu hari ini, mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan tahun hadapan dengan menerapkan nilai-nilai baik dalam pentadbiran serta tidak mengamalkan budaya selesa.

    Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Disember di Putrajaya yang terakhir sebelum tahun baharu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia Madani, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.

    “Kalau kita ada nilai (baik) kita terapkan dalam MADANI, saya yakin kita boleh angkat kerajaan dan hentikan kelemahan lampau.

    “Kita bina daripada kekuatan itu dan kita tinggalkan berlebih-lebihan yang berlaku, mudah-mudahan kita tutup labuh tirai 2023 dengan semangat bersama dan membuka lembaran baru sejarah negara,” katanya.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

    Anwar berkata penjawat awam tidak seharusnya ada budaya terlalu selesa, sebaliknya perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan cemerlang.

    Justeru, beliau mahu penjawat awam untuk sentiasa memperbaiki diri dan mencari ikhtiar meningkatkan prodktiviti, serta mengelakkan daripada kelemahan dan kekurangan.

    “Itu yang saya usulkan dari awal supaya budaya dalam politik dan penjawat awam, memberi ruang mendengar pandangan, teguran, malah kritikan yang membina,” katanya.

    “Baiknya kalau ikut budaya masyarakat kita, orang umumnya bertanya kadang-kadang soalannya agak kritikal tapi sopan, kerana soal nilai dan akhlak itu dipertahankan,” katanya.

    Anwar berkata dalam usaha negara untuk menggapai langit bagi mencapai kemajuan dalam beberapa bidang baharu seperti kecerdasan buatan, digital dan tenaga baharu, penjawat awam perlu menjadikan asas agama, akhlak, budaya dan nilai untuk mengakar bumi.

    ALSO READ:  Tiong ulang aduan pelancong tak dibenar berseluar pendek, minum arak

    “Sekurang-kurangnya kita dah bagi garis urutan keutamaan bahawa sementara kita menggapai langit … tapi kita harus sentiasa mengakar bumi.

    “Yang kita nak mengapai ke langit itu ialah ideliasme baru, perubahan teknologi, digital dan sebagainya, carilah jalan dan ikhtiar supaya kita dapat mengangkat dan kembalikan maruah kepada bangsa dan negara Malaysia tercinta,” katanya yang percaya kapasiti penjawat awam mampu mengangkat keupayaan transformasi ekonomi dan sosial.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts