Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar minta Maiwp selaras bantuan zakat dengan agensi lain

    Anwar minta Maiwp selaras bantuan zakat dengan agensi lain

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) perlu menyelaraskan penyampaian bantuan zakat bersama agensi lain bagi memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan, mendapat manfaat.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi contoh sekiranya tiada penyelarasan, akan ada keluarga mendapat beberapa kali bantuan sedangkan ada keluarga lain langsung tidak dibantu.

    “Antara tugas MAIWP supaya ada penyelarasan dengan agensi lain, kalau tidak ada satu keluarga dapat empat kali (bantuan), satu keluarga (pula) tak dapat langsung… jadi saya harap ini diurus dengan baik.

    “Kerja Menteri, timbalan Menteri, pengerusi, bukan sekadar meneruskan kegiatan ini, sebaliknya memastikan setiap dana dan setiap sen rakyat kembali kepada rakyat, dan tak boleh diperalat untuk kesenangan peribadi,” katanya ketika merasmikan Karnival MAIWP 2024 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

    Anwar juga mahu MAIWP menjalankan tatakelola yang baik dan menghentikan segala perbelanjaan yang tidak perlu, bagi memastikan agensi itu menjadi mercu tanda kebanggaan ummah.

    Bagi meningkatkan lagi prestasi agensi itu dan mengenal pasti sebarang kelemahan dalam pengurusan zakat, Perdana Menteri memberi tempoh sebulan kepada MAIWP untuk mengemukakan laporan terperinci serta cadangan langkah baharu.

    Anwar berkata perkara itu sekali gus boleh menjadi teladan kepada agensi di Negeri lain.

    “Tanggungjawab kita (sebagai) generasi penerus ialah memastikan urusan zakat dikendalikan dengan cermat, sebab itu saya katakan di Pulau Pinang (sebelum ini), bagaimana mungkin kita terima kenyataan, kita kutip begitu banyak wang zakat tetapi masih ada kelompok termiskin yang tak cukup makan, yang tak dapat sediakan uniform anak sekolah, masih tidak diurus.

    “Jadi saya berterima kasih kepada MAIWP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana membantu proses pelaksanaan zakat dengan baik bersama agensi lain,” katanya.

    ALSO READ:  Taman Negeri dimasyhur Hutan Warisan Diraja S'gor

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts