Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Singapura

    Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Singapura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura malam tadi ini untuk lawatan kerja dua hari bersempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.

    Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, pada pukul 10 malam.

    Perdana Menteri disambut oleh Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

    Turut hadir Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

    Anwar berada di Singapura pada Januari tahun ini untuk lawatan rasmi sulungnya ke Singapura selaku Perdana Menteri dan pada September lepas beliau menyertai dua sesi khas di Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Institut Milken.

    Menurut Wisma Putra, Anwar dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong akan membincangkan langkah-langkah ke arah meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala, termasuk inisiatif-inisiatif baharu untuk kelancaran kesalinghubungan dan pergerakan rentas sempadan serta kerjasama dalam tenaga hijau.

    Ini adalah pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin dalam kerangka permukiman, katanya.

    Kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang keusahawanan dan surat sampingan untuk menambah baik peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Bagi Tabung Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura Ketiga (MSBDF).

    Anwar juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

    Sesi Permukiman Pemimpin – Pemimpin Malaysia-Singapura merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara kedua-dua negara, yang dihoskan secara bergilir-gilir sejak 2007.

    Sesi permukiman ini telah tertangguh sejak 2019 kerana pandemik Covid-19.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts