Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Anwar pakar kerajaan pintu belakang' - Dr M nafi terlibat Langkah Dubai

    ‘Anwar pakar kerajaan pintu belakang’ – Dr M nafi terlibat Langkah Dubai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan penglibatannya dalam ‘Langkah Dubai’, dengan mendakwa bahawa dia sudah lama tidak berkunjung ke ibu kota Emiriah Arab Bersatu itu.

    Mahathir turut menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa Anwar adalah pakar dalam gerakan “kerajaan pintu belakang”.

    “Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September 2008 untuk menubuh backdoor government.

    “Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk menaikkan isteri (Wan Azizah Wan Ismail) menjadi Menteri besar Selangor.

    “Ada juga langkah yang bersandar kepada ‘I have the numbers’ dan juga langkah ‘strong, formidable and convincing majority‘. Semuanya adalah langkah untuk mengambil alih Kerajaan secara pintu belakang,” katanya di X.

    Pada 30 Disember yang lepas, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop, mendakwa ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan semasa, dinamakan sebagai ‘Langkah Dubai’, dengan pemimpin PN serta ahli parlimen kerajaan mengadakan pertemuan semasa bercuti di kota itu.

    Dia mendakwa pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugasan tertentu kepada ahli parlimen kerajaan untuk mengenal pasti wakil rakyat berpotensi mengalih sokongan kepada pembangkang.

    Beberapa hari kemudian, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara itu, mendakwa ia bukan saja melibatkan pemimpin PN tetapi beberapa individu daripada blok kerajaan.

    Meneruskan serangan terhadap Anwar, Mahathir berkata usaha yang dibuat Anwar tidak dianggap derhaka atau pengkhianatan pada masa itu, walaupun ia berisiko menjejaskan kestabilan kerajaan, prinsip demokrasi dan ekonomi negara.

    “Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci, asalkan dapat jadi perdana Menteri,” kata Mahathir.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts