Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Anwar pandai cakap tapi buat kerja tak habis'

    ‘Anwar pandai cakap tapi buat kerja tak habis’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Forum bertajuk “Setahun Kerajaan Madani: Apa Seterusnya?” yang dianjurkan oleh Malaysiakini malam tadi telah memberi pengiktirafan kecil kepada pentadbiran Anwar Ibrahim, tetapi memberi amaran bahawa perdana Menteri kesepuluh itu perlu lebih gigih dalam menunaikan janji-janjinya.

    Antara mereka yang kritikal terhadap kerajaan adalah wartawan veteran R Nadeswaran yang memberi gred D berdasarkan prestasi mereka selepas setahun mentadbir.

    R Nadeswaran

    Menurut Nadeswaran, Anwar hanya konsisten dalam kemahiran berpidato. Walaupun pindaan RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah disambut baik, beliau berkata bahawa Anwar sepatutnya menghapuskan PPPA dan Akta Hasutan seperti yang telah dijanjikan.

    Nadeswaran juga berkata di bawah pimpinan Anwar, media sepatutnya lebih bebas, namun masih ada laman web yang disekat. Usaha memerangi rasuah juga perlu diperbetulkan menurut Nadeswaran.

    Selain itu, beberapa kritikan lain terhadap kerajaan adalah kegagalan dalam menunaikan janji dan perkembangan yang mengecewakan seperti pengundian anggota tribunal untuk kes gangguan seksual dan cadangan pindaan undang-undang berkaitan warganegara.

    Rozana Isa dari Sisters in Islam turut mempersoalkan perananan wanita dalam pentadbiran dan memberi contoh tindakan kerajaan Terengganu dan Kelantan yang berkaitan dengan pakaian tidak patuh syariah.

    Penganalisis politik Wong Chin Huat menyatakan bahawa meskipun Anwar berjaya bertahan selama setahun, dia masih mempunyai banyak perkara yang perlu diperbaiki seperti ekonomi negara dan pendekatan dalam politik.

    Wong Chin Huat

    Wong juga menyuarakan kekecewaannya terhadap kegagalan Anwar dalam keluar dari kepompong politiknya yang berasal dari Umno serta pendekatan politik yang toksik.

    Di samping itu, P Gunasegaram, seorang penganalisis bebas, menyatakan bahawa Anwar perlu mengambil langkah-langkah yang tidak popular seperti mengembalikan semula GST dan membuat penggunaan cukai keuntungan modal yang lebih cekap untuk menstabilkan ekonomi.

    ALSO READ:  Kementerian Pendidikan tarik diri dari sertai Pesta Buku Frankfurt
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts