Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar pemimpin pertama ucap tahniah pada Prabowo

    Anwar pemimpin pertama ucap tahniah pada Prabowo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pertama yang mengucapkan tahniah kepada Presiden Indonesia baru, Prabowo Subianto yang diumumkan semalam sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024.

    Dalam ucapan tahniahnya, Perdana Menteri menyatakan keyakinannya bahawa Prabowo mampu menjalankan mandat yang diberikan dengan cemerlang demi kemajuan dan kemakmuran Indonesia.

    “Saya telah menghubungi Presiden Terpilih Republik Indonesia, Bapak Prabowo Subianto untuk mengucapkan tahniah atas kejayaannya dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru berakhir.

    “Saya diberitahu bahawa saya adalah pemimpin pertama yang mengucapkan tahniah kepadanya selepas pengumuman rasmi PEMILU,” kata Anwar melalui catatan di Facebooknya.

    Anwar menegaskan bahawa ucapan tahniah tersebut sangat bermakna kerana ia melambangkan nilai persahabatan yang istimewa antara Malaysia dan Indonesia selaku negara tetangga yang penting.

    Beliau dan Prabowo berazam untuk memperkukuhkan hubungan dua hala yang merangkumi pelbagai aspek sebagai negara jiran, serta bersedia untuk bekerjasama rapat dalam pelbagai forum di peringkat ASEAN.

    Pada hari Rabu, Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan pasangan Prabowo-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden 2024.

    Berdasarkan rumusan KPU, pasangan Prabowo-Gibran berjaya meraih kemenangan di 36 wilayah, manakala dua wilayah lain dimenangi oleh pasangan pesaing mereka, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts