Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar, Samsuri adakan perjumpaan tertutup

    Anwar, Samsuri adakan perjumpaan tertutup

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan menghadiri taklimat berhubung pembangunan Negeri itu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

    Ketibaan Anwar Ibrahim kira-kira jam 3.35 petang itu disambut Ahmad Samsuri, selain Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

    Mengiringi Anwar ke taklimat itu ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, serta barisan exco kerajaan Negeri.

    Taklimat yang berlangsung kira-kira satu 75 minit itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

    Anwar kemudian hadir di majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.

    Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts