Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar semak dengan perbendaharaan dakwaan mengenai Farhash

    Anwar semak dengan perbendaharaan dakwaan mengenai Farhash

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyemak dengan Kementerian Kewangan mengenai dakwaan terhadap ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham sebuah syarikat yang disenaraikan untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion.

    Anwar berkata beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan, selepas mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu.

    “Saya akan semak butiran dengan Kementerian Kewangan dan keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan di Kajang, semalam.

    Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil, meminta polis menyiasat Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar kerana didakwa melalui syarikat pelaburan Rosetta Partners, telah membeli saham syarikat Heitech Padu sebanyak 16.1 juta unit, dianggarkan bernilai RM40 juta.

    Terdahulu Anwar meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk sekitar Taman Rakan dan pelajar tahfiz di Masjid Ashabus Solihin, yang turut disertai oleh anaknya Nurul Izzah Anwar.

    Perdana Menteri yang tiba pada 6.50 petang dengan berbaju Melayu hijau muda, kemudiannya turut menyertai hadirin menunaikan solat fardhu Maghrib.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts