Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAnwar: Zahid sokong Najib jalani tahanan rumah atas kapasiti presiden Umno

    Anwar: Zahid sokong Najib jalani tahanan rumah atas kapasiti presiden Umno

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Afidavit yang difailkan oleh Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong usaha bekas perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah dibuat atas kapasitinya sebagai presiden Umno.

    Ketika berkata demikian, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan Lembaga Pengampunan dan menegaskan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong semasa mesyuarat lembaga adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

    “Itu (Zahid menyerahkan afidavit) beliau lakukan sebagai presiden Umno, dan Peguam Negara tentunya bagi pihak Lembaga Pengampunan.

    “Pendirian kita bahawa semua keputusan yang melibatkan raja-raja Melayu tidak boleh dicabar. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ini adalah prinsip (kerajaan), bukan sekarang, tapi sejak merdeka,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri solat Jumaat di sebuah masjid di Kajang petang tadi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts