Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Apa ketua sayap Umno buat untuk tarik sokongan pengundi muda?'

    ‘Apa ketua sayap Umno buat untuk tarik sokongan pengundi muda?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang lagi pemimpin Umno tampil mempertahankan parti itu dan presidennya ekoran prestasi buruk mereka dalam pilihan raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata dengan keputusan yang dicapai di enam Negeri yang terlibat dalam PRN, tanggungjawab atas apa yang berlaku dipikul bersama, bukannya menyalahkan seorang dua pemimpin.

    Dia juga membangkitkan isu keberkesanan jentera penerangan parti yang bertemu dengan ahli akar umbi bagi menjelaskan setiap keputusan yang diambil.

    Katanya jentera penerangan memberi maklum balas bahawa ahli parti banyak membangkitkan isu kes mahkamah Ahmad Zahid Hamidi.

    “Adakah kita juga terikut-ikut dengan permainan persepsi lawan yang menyebarkan propaganda kepada rakyat dengan menghukum Ahmad Zahid sebagai bersalah walaupun sebelum mahkamah mensabitkan dia bersalah?” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Bekas timbalan pengerusi Umno Johor itu juga memberitahu sejak PRU ke-14 hingga Sabtu lalu, dia mendapati sokongan pengundi muda – khususnya pengundi 18 tahun – sangat suram terhadap Umno.

    “Apa yang ketua-ketua sayap parti buat selama ini untuk menarik orang muda agar menyokong Umno? Kalau setakat cakap-cakap saja, orang lain pun boleh buat kerja itu,” tempelaknya.

    Kurang ilmu politik

    Tambah Nur Jazlan, dalam PRN Melaka dan Johor yang masing-masing diadakan pada 2021 dan 2022, Ahmad Zahid mengetengahkan ramai calon muda untuk bertanding.

    Hasilnya ada antara mereka itu, katanya, kini sudah menjadi exco kerajaan Negeri.

    “Tapi tak ramai orang Umno yang menghargai perubahan besar dibuat oleh presiden (Ahmad Zahid). Sekarang (selepas PRN) presiden yang salah pasal orang Umno tak nak berubah.

    “Paling bijak yang mereka ini boleh buat adalah tuding jari pada orang lain setiap kali ada masalah.

    ALSO READ:  Bank Negara diarah bayar RM366,062 kepada bekas pengurus

    “Salah Presiden Umno, salah join kerajaan perpaduan, salah pada DAP dan macam-macam lagi, tapi diri sendiri tak pernah buktikan apa pencapaian membanggakan yang masing-masing dah buat,” katanya.

    Dia juga menjelaskan ramai pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun di Kajang, Selangor tidak mendapat pendidikan yang penting mengenai proses pilihan raya.

    Bahkan tambahnya ada antra mereka tidak mengenal logo parti atau calon sehingga ada yang bertanya siapa perlu diundi kepada kawan masing-masing.

    Kecenderungan pengundi muda terbabit juga, dakwa Nur Jazlan, didorong oleh insentif kewangan atau upah seperti mendapat makanan selepas mengundi.

    “Saya tak tahulah siapa yang memberi, tapi sudah tentu bukan Umno pasal kita kalah,” katanya.

    Di DUN Gombak Setia pula, menurut Nur Jazlan, ada pengundi yang memberikan undinya kepada Megat Zulkarnain Omardin, dan menyangka pengerusi Umno Selangor itu menang hanya kerana PH-BN kekal menjadi kerajaan.

    “Dia tak tahu yang Megat Zulkarnain sebenarnya kalah tipis 58 undi di Gombak Setia,” katanya.

    Sebelum ini kata Nur Jazlan Pemuda dan Puteri Umno bercadang menggunakan medium TikTok untuk mendekati remaja bagi menghadapi enam PRN namun masih ramai pengundi muda yang tidak memahami perjalanan pilihan raya.

    “Jadi hakikatnya kita kena akui orang Melayu berpaling daripada parti ini bukan sebab pemimpin, tapi jenama Umno itu sendiri sudah disalah tafsir.

    “Sebab itulah kita semua perlu berusaha untuk menjenamakan semula Umno dengan cara lebih praktikal, realistik dan inklusif untuk semua,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts