Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Apakah pengiktirafan yang diperlukan MIC?'

    ‘Apakah pengiktirafan yang diperlukan MIC?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemimpin PKR meminta MIC mengambil pendekatan matang dan kembali kepada “fitrah” BN dalam politik mereka agar parti itu kekal relevan di negara ini.

    Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, P Prabakaran, berkata secara prinsipnya MIC harus senada dengan apa yang digariskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Ahmad Zahid Hamidi.

    Mengulas kenyataan dibuat Timbalan Presiden MIC M Saravanan semalam, Prabakaran berkata ia sebenarnya boleh dianggap seperti mengugut perdana Menteri.

    “Persoalannya ialah, apakah pengiktirafan yang perlukan oleh MIC dan apakah tindakan yang akan diambil oleh mereka jika tuntutan tersebut tidak didengari perdana Menteri?” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Prabakaran yang juga ahli parlimen Batu berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini semalam mengenai kenyataan Saravanan semasa berucap di mesyuarat agung tahunan MIC di Serdang semalam.

    Saravanan berkata walaupun MIC tidak meminta sebarang jawatan dalam kerajaan, parti itu berharap mereka diberikan pengiktirafan sewajarnya oleh kepimpinan Anwar.

    “Kita (MIC) menyokong kerajaan hari ini atas titah Yang di-Pertuan Agong. Kita sangat jelas bahawa tak akan meminta jawatan dalam kerajaan, tapi kita nak pengiktirafan.

    “Sekiranya gagal maka MIC akan mengambil tindakan selanjutnya,” kata bekas Menteri sumber manusia itu di hadapan lebih 1,500 perwakilan.

    Menurut Prabakaran langkah memberi kata dua kepada perdana Menteri juga tidak wajar dibuat MIC dan ia jelas melanggar prinsip yang diambil BN.

    Pada masa sama Prabakaran berpendapat sebarang tindakan yang mahu diambil MIC sepatutnya dibuat melalui BN sesuai dengan kedudukan mereka sebagai komponen parti tersebut.

    “MIC adalah sebuah parti komponen BN. Satu kesepakatan harus diambil antara mereka sebelum ia dirujuk kepada perdana Menteri.

    ALSO READ:  MP Bukit Gantang terbaharu berikrar sokong Anwar

    “Dari sudut moral, adalah kurang sopan apabila Pengerusi PH (Anwar) mencampuri urusan dalaman parti lain dalam kerajaan perpaduan, dan begitulah juga sebaliknya,” kata Prabakaran lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts