Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesApandi fail kebenaran merayu keputusan mahkamah

    Apandi fail kebenaran merayu keputusan mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Tan Sri Lim Kit Siang.

    Peguam Mohamed Apandi, Rueben Mathiavaranam dan M Visvanathan ketika dihubungi Bernama mengesahkan permohonan kebenaran untuk merayu itu difailkan pada 1 Dis lepas.

    Rueben berkata lima persoalan undang-undang dicadangkan dalam permohonan kebenaran merayu termasuk persoalan sama ada mengenai perkara melibatkan tindakan atau bukan tindakan peguam negara dalam perananan dan jawatan beliau sebagai peguam negara, termasuk pelaksanaan budi bicara pendakwa raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan adalah wajar atau tidak.

    Pada 2 Nov lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Mohamed Apandi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya dan memerintahkan beliau membayar kos RM100,000.

    Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M Gunalan dan Datuk Azmi Ariffin, dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Mohamed Apandi selepas memutuskan tiada merit untuk rayuan itu.

    Hakim Hadhariah yang membacakan keputusan mahkamah memutuskan bahawa Lim telah berjaya menimbulkan pembelaan justifikasi dan komen yang adil untuk menangkis saman itu.

    Pada 23 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Mohamed Apandi terhadap tokoh veteran DAP itu dan beliau kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan keesokan harinya.

    Mohamed Apandi menyaman Lim kerana didakwa memfitnah beliau dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts