Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAPMM: Bot hilang kawalan seret dua kapal layar, rempuh jeti

    APMM: Bot hilang kawalan seret dua kapal layar, rempuh jeti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua kapal layar rosak akibat diseret sebuah bot barter trade di jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, kira-kira 7 pagi semalam.

    Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Komander Maritim Sharenliza Ghazali berkata bot Benteng 02 yang sedang melakukan rondaan rutin bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat.

    “Bot KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia bersama 15 kru warga Indonesia itu telah mengalami kerosakan enjin secara tiba-tiba apabila keluar dari Jeti Asa Niaga.

    “Akibat masalah berkenaan, bot itu telah hilang kawalan lalu merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club dan dua kapal layar berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

    Beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

    Sharenliza sehubungan itu, mengingatkan orang ramai terutama komuniti maritim supaya sentiasa mementingkan keselamatan diri dan memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut supaya tiada sebarang masalah atau insiden berlaku.

    Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts