Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAPMM dijangka terima baki dua OPV dalam tempoh dua tahun - Saifuddin

    APMM dijangka terima baki dua OPV dalam tempoh dua tahun – Saifuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijangka menerima baki dua Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Beliau berkata anggaran tempoh masa tersebut mengambil kira perkembangan semasa pembinaan OPV 2 yang kini di tahap 75 peratus siap, manakala OPV 3 lebih 50 peratus.

    “Walaupun lari daripada jadual penyerahan asal, kementerian ini komited mahu menyiapkan projek tersebut bagi memastikan kesiapsiagaan aset pasukan keselamatan perairan negara berada pada tahap yang optimum,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Op Khas Pagar Laut di atas Kapal Maritim Tun Fatimah di sekitar perairan Selangor di Klang, semalam.

    Saifuddin berkata APMM juga bakal menerima empat unit helikopter baharu melibatkan peruntukan sebanyak RM600 juta dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.

    Pada Januari lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi dilaporkan berkata perolehan aset itu dijangka siap dalam tempoh dua ke tiga tahun dengan kesemuanya ditempatkan di Pusat Operasi Udara Maritime Sandakan, Sabah bagi memperkukuh operasi APMM di perairan wilayah Borneo.

    Mengulas mengenai Op Pagar Laut, Saifuddin berkata setakat ini sebanyak 63 tangkapan telah dibuat melibatkan jumlah rampasan bernilai RM5 juta sejak operasi itu dilancarkan pada 12 Mac lepas.

    Beliau berkata pelbagai pelanggaran undang-undang turut direkodkan melibatkan kesalahan menyeludup minyak masak, gas ataupun barangan kontraban seperti rokok tanpa cukai selain menangkap hasil laut secara haram.

    Op Khas Pagar Laut yang berlangsung hingga 30 April ini dilaksanakan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan di seluruh kawasan perairan negara sempena Ramadan dan Aidilfitri.

    ALSO READ:  Soccer-Palmer hat-trick gives Chelsea stunning 4-3 win over Man United

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts