Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAPMM tahan bot nelayan tempatan bawa pendatang tanpa izin

    APMM tahan bot nelayan tempatan bawa pendatang tanpa izin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki membawa pendatang tanpa izin warga Indonesia di perairan Tanjung Tuan semalam.

    Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz, menyatakan bahawa Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) telah mengesan sebuah bot mencurigakan dari laluan Skim Asingan Trafik (TSS) menuju ke Kuala Sungai Sepang, Selangor pada 12 tengah hari.

    Beliau berkata selepas pemeriksaan terhadap bot, pihaknya menahan tiga individu terdiri daripada tekong dan seorang awak-awak rakyat tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia berumur 49 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

    “Kesemua mereka berserta bot dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Mohd Khairi meminta orang ramai untuk menyampaikan sebarang maklumat mengenai salah laku di laut ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan menerusi talian 06-3876 730 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts