Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesApung harga ayam: K'jaan yakin harga tak naik mendadak - Mat Sabu

    Apung harga ayam: K’jaan yakin harga tak naik mendadak – Mat Sabu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan yakin pelaksanaan pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan secara mendadak terhadap harga makanan keperluan rakyat itu. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata ini kerana kedudukan dan pengeluaran ayam di negara ini masih mencukupi pada ketika ini. “Harga siling ayam adalah RM9.40, harga ayam yang ada di pasaran sekarang ini berada di bawah harga siling. Jadi kita harap dengan pengapungan ini harga ayam tidak melepasi harga siling. Ini juga (berdasarkan) tinjauan kita di pasaran dan pengeluar juga memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya supaya bekalan ayam mencukupi bila berlaku pengapungan harga nanti,” katanya.

    Dia berkata demikian dalam program Naratif Khas terbitan RTM dengan topik “Pasca Belanjawan 2024: Tamat Subsidi Ayam, Apa Jaminan Buat Rakyat?”, malam tadi. Turut sama dalam program itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Badrul Hisham Mohd.

    Pada masa sama, Mohamad berkata mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan harga barangan keperluan itu akan berhadapan tindakan. “Saya yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau dengan baik supaya tidak berlaku manipulasi harga. Kalau berlaku kenaikan harga yang disengajakan kerajaan boleh bertindak, melainkan kalau ia betul-betul tidak cukup dalam pasaran. Kita lihat bagaimana kerajaan campur tangan untuk membantu khususnya golongan B40,” katanya.

    Semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mempertimbangkan harga ayam dan telur di pasaran diapungkan. Anwar yang juga Menteri kewangan berkata langkah pengapungan berkenaan dibuat selepas kerajaan mendapati bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.

    ALSO READ:  Saya tak pernah kata Vincent Tan korup - Sanusi

    Dalam pada itu, Badrul berkata kerajaan, terutamanya KPKM, amat berhati-hati apabila membuat sebarang keputusan memandangkan ia akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat dan industri. Dia berkata keputusan melaksanakan pengapungan harga itu memakan masa memandangkan kerajaan mengambil pendekatan untuk berunding dengan semua pihak berkepentingan untuk meneliti setiap impak kepada lapisan masyarakat, sekali gus memberikan keseimbangan di semua peringkat.

    “Kemungkinan dalam jangka pendek akan berlaku kegusaran rakyat, itu kita telah jangkakan. Kita telah menyediakan pelbagai strategi dan pendekatan yang akan kita laksanakan sekiranya kesan dan keresahan itu berlangsung dalam tempoh di luar jangkaan. Dari segi jangka panjang, kita yakin keputusan ini akan memberikan satu keseimbangan ekonomi kepada semua pihak,” katanya.

    Pelaksanaan pengapungan harga ayam dan telur akan diumumkan pada 30 Okt ini.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts