Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesArmizan mahu kerjasama GRS, PH diteruskan dalam PRN Sabah

    Armizan mahu kerjasama GRS, PH diteruskan dalam PRN Sabah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan itu dengan PH diteruskan dalam pilihan raya Negeri akan datang.

    Ahli Parlimen Papar itu berkata walaupun kepimpinan tertinggi GRS belum membuat sebarang perbincangan mengenai formula kerjasama, dia mempunyai pendirian sendiri.

    “Sabah dan Sarawak mempunyai formula masing-masing iaitu pada hakikatnya kerajaan Negeri di Sabah hari ini adalah sebuah kerajaan perpaduan dengan acuan sendiri melibatkan gabungan GRS-PH Plus,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran Jelajah Wanita GRS di Kota Marudu hari ini.

    Mengulas lanjut, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata komposisi kerajaan Sabah hari ini iaitu GRS-PH Plus dibentuk selepas pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.

    “Inilah formula kerajaan perpaduan di Sabah. Selain Adun GRS, semua Adun PH dan beberapa ADUN dari parti lain membuat keputusan supaya Datuk Seri Hajiji Noor kekal Ketua Menteri Sabah dan GRS amat menghargai sokongan dan kebersamaan mereka,” katanya.

    Armizan berkata pembentukan sesebuah kerajaan tidak seharusnya berdasarkan faktor “ikut-ikutan” atau paksaan, tetapi perlu melalui hasil muafakat dan saling kepercayaan.

    “Di pihak GRS, kami juga mahu mengelak risiko sejarah berulang. Tiba pilihan raya, kami mahu membentuk kerajaan yang stabil melalui permuafakatan.

    “Bukan sahaja GRS perlu percaya kepada rakan kongsi, tetapi mereka juga perlu selesa dan yakin dengan kami,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts