Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesArmizan: Politik Sabah tenang, tiada ribut

    Armizan: Politik Sabah tenang, tiada ribut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Armizan Mohd Ali menyatakan bahawa “tiada ribut” yang melanda arena politik di Negeri di Bawah Bayu itu.

    “Sabah tenang, tiada ribut-ribut. Mungkin ribut pada parti-parti tertentu, mungkin,” kata ahli parlimen Papar itu ketika diminta mengulas mengenai keadaan politik di Sabah ketika ini.

    Ia susulan kenyataan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dua hari lalu yang dia akan berada di Sabah untuk menyelesaikan ketegangan politik yang dilaporkan berlaku di Negeri itu.

    Perjumpaan itu antara lain dihadiri Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin, Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak, Setiausaha Umno Sabah Jafry Ariffin dan Ketua Penerangan Umno Sabah Suhaimi Nasir.

    Hadir sama Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno termasuk Mohamad Alamin dan Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

    Dalam acara rumah terbuka Krismas di Negeri itu semalam, Zahid menafikan berlakunya kemelut politik di sana dan perjumpaan hanya untuk “mengemas kini beberapa kerja politik”, termasuk penyusunan struktur jentera parti.

    Ahmad Zahid Hamidi

    Perkembangan itu setelah penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin mendakwa 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut melibatkan parti di Sabah iaitu GRS dan Warisan serta tiga ahli parlimen dari Negeri itu.

    Mengulas lanjut, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata parti-parti dalam kerajaan perpaduan, termasuk parti di Sabah, kekal tenang dan kerjasama antara mereka semakin rapat.

    “…GRS, PH Plus (termasuk Warisan) yang ada di Sabah ini tenang, kerjasama semakin rapat dan kita akan meningkatkan kerjasama tersebut…kita nak buktikan kepada rakyat kita lakukan yang terbaik untuk tunaikan tanggungjawab membawa perubahan kepada masyarakat di Sabah.

    ALSO READ:  401 projek naik taraf klinik, fasiliti kesihatan sedang disiapkan

    “Dan sudah tentu dua tahun lagi kita akan dinilai oleh rakyat, kita mahu GRS dan PH plus terus mendapat kepercayaan dan mandat rakyat Sabah dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

    Armizan berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau persiapan pelaksanaan secara rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 oleh pihak syarikat di bawah sektor pangangkutan darat (barangan) di Pelabuhan Klang, Selangor, hari ini.

    Sabah dijangka mengadakan pilihan raya Negeri tahun depan, walaupun terdapat jangkaan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mungkin akan membubarkan DUN seawal tahun ini.

    Ketika ini, kerajaan Negeri Sabah dibentuk oleh GRS, BN dan PH yang menguasai 65 kerusi, manakala Warisan sebagai pembangkang dengan 14 kerusi.

    Terdahulu, Zahid berkata rakan kerjasama BN dan Umno bagi PRN Sabah akan datang hanya akan ditentukan selepas DUN dibubar.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts