Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘AS rancang halang Malaysia jadi pusat pengumpulan dana Hamas’

    ‘AS rancang halang Malaysia jadi pusat pengumpulan dana Hamas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat Hamas boleh mengumpul dana dan memindahkan wang, kata seorang pegawai kanan Perbendaharaan AS.

    Menurut Reuters, pegawai yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan, juga berkata AS melihat keupayaan Iran untuk memindahkan minyaknya bergantung kepada penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia, dengan minyak dipindahkan berhampiran Singapura dan di seluruh rantau ini.

    “Perbendaharaan AS meningkatkan tumpuannya kepada pembiayaan untuk kumpulan militan yang dihalakan melalui Asia Tenggara, termasuk melalui usaha mengumpul dana dan penjualan haram minyak Iran.

    “Kami bimbang dengan kapasiti Hamas untuk mengumpul dana di rantau ini, termasuk di Malaysia, jadi kami mahu mengadakan perbualan langsung mengenai kebimbangan itu,” kata pegawai itu.

    Pegawai itu menambah bahawa terdapat peningkatan dalam percubaan Iran dan proksinya untuk mengumpul dana di rantau itu, kadangkala melalui badan amal.

    “Sungguh mengerikan bahawa mereka cuba mengambil kesempatan daripada limpahan sokongan kepada rakyat Palestin untuk menyedut wang untuk aktiviti keganasan  mereka,” kata pegawai itu yang juga enggan menamakan badan amal yang disyaki itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts