Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesATM pastikan kawalan negara tahap tertinggi - Khaled Nordin

    ATM pastikan kawalan negara tahap tertinggi – Khaled Nordin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Angkatan Tentera Malaysia (ATM) konsisten dalam memastikan sempadan negara dikawal pada tahap tertinggi demi mengekalkan kedaulatan negara serta mengekang sebarang aktiviti pencerobohan.

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kawalan secara berterusan menerusi pelbagai operasi dilakukan di kawasan darat, udara, perairan dan tuntutan bertindih, melibatkan pemantauan dan rondaan sepanjang masa di pos kawalan ATM di seluruh negara.

    “Operasi dilaksanakan ATM berlaku sepanjang masa, untuk pastikan kedaulatan dan tiada pencerobohan sama ada kapal peranang negara lain atau bot nelayan asing masuk ke kawasan kita.

    “(Setakat ini) Rohingya paling ramai (kemasukan). Selain itu, operasi ATM turut mengekang kes penyeludupan, lanun dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kota Tinggi-Bina Puri Muay Thai Fight 2024 di Dewan Jubli Intan, di Kota Tinggi malam tadi.

    Beliau diminta mengulas mengenai kejayaan cemerlang ATM dalam pelbagai operasi yang antaranya turut dilakukan secara bersepadu bersama agensi lain.

    Mohamed Khaled berkata perolehan aset baharu juga sentiasa dilakukan bagi memastikan kesiapsiagaan ATM.

    Selain itu, beliau berkata ATM sentiasa meningkatkan keupayaan, kemampuan dan pengalaman ATM melalui latihan ketenteraan yang dijalankan dengan kerjasama negara lain.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts