Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAustralia Selatan berdepan gelombang baru Covid-19

    Australia Selatan berdepan gelombang baru Covid-19

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Penurunan imuniti menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Australia Selatan (SA), kata ketua kesihatan Negeri tersebut.

    Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan SA pada hari Jumaat, terdapat 1,691 kes baharu COVID-19 dan empat kematian yang dilaporkan di seluruh Negeri dalam tempoh pelaporan tujuh hari yang berakhir pada hari Selasa, dilaporkan Xinhua.

    Jumlah kes tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 55 peratus berbanding kes sebanyak 1,089 dalam tempoh tujuh hari sebelumnya, iaitu angka mingguan tertinggi sejak Jun.

    Ketua Pegawai Kesihatan Awam SA, Nicola Spurrier menyatakan bahawa peningkatan kes tersebut menandakan permulaan “gelombang baharu” jangkitan COVID-19.

    Walau bagaimanapun, beliau menafikan bahawa peningkatan tersebut ada kaitan dengan varian BA.2.86 – atau Pirola – yang pertama kali dikesan di Australia pada bulan September.

    Spurrier juga meramalkan bahawa SA akan mengalami satu lagi lonjakan kes COVID-19 dalam tempoh enam bulan akan datang.

    Menurutnya, jurang dalam pengambilan dos vaksinasi adalah faktor utama untuk mencegah penularan wabak ini.

    Data terkini tersebut menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 di SA sejak wabak ini bermula sebanyak 939,051 kes dengan jumlah kematian sebanyak 1,624 orang.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts