Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAwas 'scam' guna waran tangkap palsu di WhatsApp, Telegram - polis

    Awas ‘scam’ guna waran tangkap palsu di WhatsApp, Telegram – polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan elemen penipuan yang menggunakan modus operanandi menghantar mesej waran tangkap palsu kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

    Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata waran itu didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya bertajuk ‘Unit Khas Pasukan B-19 JSJK.’

    Beliau berkata waran itu kononnya dikeluarkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan segera bagi menahan pesalah dan kesalahan yang dinamakan dalam tempoh 24 jam.

    “Isi kandungan waran tangkap itu juga menyatakan Mahkamah Tinggi memberi kuasa kepada PDRM untuk melaksanakan arahan tersebut dan pesalah yang ditahan tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mana-mana pihak termasuk peguam.

    “Selain itu, aset yang didaftarkan atas nama pesalah juga akan dibekukan dan disita serta tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara setelah tindakan diambil,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Rohaimi berkata pihaknya tidak pernah menerima waran itu dan ia merupakan antara elemen penipuan.

    Beliau berkata justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengikuti arahan yang diterima melalui mesej itu atau individu tidak dikenali.

    “Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihat untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada penerimaan sebarang dokumen yang tidak dipastikan kesahihannya.

    “Lakukan semakan dengan agensi berkaitan sebelum mengambil keputusan,” katanya.

    Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau pengesahan berkaitan kewujudan modus operanandi baharu penipuan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau CCID infoline di talian 013-2111 222.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts