Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAyob Khan tinjau pusat mengundi di Selangor

    Ayob Khan tinjau pusat mengundi di Selangor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meninjau pusat-pusat pengundian di sekitar Selangor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi melihat kelancaran proses mengundi. Beliau memulakan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi pada 8.15 pagi ini dengan diiringi Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar mengikut peruntukan undang-undang. Ayob Khan kemudian melawat beberapa lagi pusat mengundi antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat, Kuala Lumpur.
    Selain itu, beliau turut menyapa pengundi di pusat-pusat mengundi bagi bertanyakan khabar dan situasi semasa selain turut mengunjungi saluran undi khas bagi warga emas untuk memastikan fasiliti disediakan kepada pengundi berada dalam keadaan baik.
    Ditanya mengenai situasi semasa di pusat pengundian berkenaan, beliau berkata setakat ini proses pengundian berjalan lancar dan teratur.
    Tinjauan Bernama mendapati para pengundi di SK Bandar Baru Bangi mula beratur sejak 7 pagi demi menunaikan tanggungjawab dalam memilih wakil rakyat di kawasan mereka.
    Rata-rata pengundi yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan mematuhi setiap arahan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan beratur dan mengutamakan golongan warga emas.
    Petugas SPR pula dilihat ramah dengan menyantuni para pengundi dan membantu mereka untuk mengundi di saluran undi yang telah ditetapkan.
    Di SMK Perimbun, Cheras, SPR menyediakan kemudahan kereta ‘buggy’ bagi memudahkan pergerakan pengundi dalam kalangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) menunaikan tanggungjawab untuk N27 Balakong.
    Berdasarkan tinjauan Bernama, dua kereta ‘buggy’ disediakan bagi memudahkan para pengundi bergerak berikutan keadaan geografi sekolah terbabit yang terletak di kawasan berbukit manakala situasi di pusat-pusat pengundian berkenaan ketika ini berjalan lancar.
    Sementara di KEDAH, setakat pukul 10 pagi ini, proses pengundian di negeri itu juga terkawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
    Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata seramai 7,160 pegawai dan anggota polis telah ditugaskan untuk memastikan proses pengundian di 645 pusat mengundi, melibatkan 2,849 saluran di seluruh negeri itu berjalan lancar.
    “Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya mengikut arahan pegawai polis yang bertugas bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar. Pengundi juga dinasihatkan untuk keluar mengundi awal.
    Semua pengundi juga dilarang mengadakan sebarang perarakan berhampiran pusat pengundian dan pengiraan undi serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu gugat keselamatan semua pihak,” katanya kepada pemberita ketika memantau keadaan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N12 Suka Menanti, hari ini.
    Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen bermula 29 Julai sehingga semalam, polis menerima 277 laporan berkaitan pilihan raya dan daripada jumlah itu, 30 kertas siasatan dibuka dengan empat individu ditahan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts