Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAzam Baki jawab Aman Palestin: Kita lawan di mahkamah

    Azam Baki jawab Aman Palestin: Kita lawan di mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    SPRM sedia berdepan Aman Palestin di mahkamah jika pertubuhan itu mengambil tindakan undang-undang ke atas pembekuan akaun banknya, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

    Azam berkata sementara Aman Palestin ada hak memulakan tindakan mahkamah, SPRM juga ada kuasa di bawah undang-undang untuk membuat siasatan bagi pihak orang awam.

    “Tiada siapa boleh melarang mereka untuk ambil tindakan. Kita lawan di mahkamah.

    “Setakat ini, kita hanya ikut undang-undang,” katanya kepada Malaysiakini.

    Pada minggu lalu, SPRM membeku 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan entiti syarikat lain melibatkan wang berjumlah RM15 juta.

    Pembekuan dibuat berkaitan siasatan penyalahgunaan wang sumbangan dan dibuat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

    “Siasatan lama lagi (untuk selesai), ramai lagi saksi akan dipanggil. Setakat ini kita sudah panggil 11 orang, termasuk seorang pemegang amanah (Aman Palestin),” kata Azam.

    Dalam sidang media semalam, pengurusan tertinggi Aman Palestin menafikan dakwaan pertubuhan itu menyalahgunakan sumbangan yang diberikan orang ramai.

    Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Aman Palestin turut membidas kenyataan SPRM berkenaan kes tersebut, yang didakwanya sebagai “propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya”.

    “Kenyataan media pihak SPRM bertarikh 23 Nov 2023 pada perenggan ketiga jelas berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap Aman Palestin.”

    “Ianya seolah-olah telah menghukum Aman Palestin bersalah menyeleweng dana RM70 juta (yang dinafikan). Kenyataan-kenyataan SPRM berkait dengan kes ini ternyata tidak cermat, tidak teliti, tidak boleh dipercayai, dan tidak berintegriti,” katanya.

    ALSO READ:  BNM: Ini kali kedua Google siar tukaran ringgit yang salah tahun ini

    Muhammad Rafique merujuk kenyataan SPRM yang menyebut bahawa suruhanjaya itu membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal tersebut dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan lebih RM15 juta.

    Dia berkata Aman Palestin telah mengutus surat kepada Azam dan Pengarah Bahagian AMLA SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin memberi notis agar pembekuan akaun dibatalkan menurut Seksyen 44A AMLATFAPUAA 2021.

    Katanya lagi, Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang jika akaun tidak dinyah beku dalam tempoh tiga hari.

    ‘Pelaburan meragukan’

    Sementara itu, sumber SPRM mendakwa siasatan dibuat ekoran pelaburan meragukan yang dibuat Aman Palestin menggunakan dana sumbangan orang ramai.

    Menurut pegawai tinggi SPRM itu, walaupun pertubuhan itu dibenarkan undang-undang untuk melabur, ia tidak boleh melibatkan manfaat peribadi.

    “Antaranya kita tengok pembelian 27 aset yang mana, jika tidak silap, 21 daripadanya adalah bangunan dan tanah.”

    “Malah ada tanah di Sabah dan Sarawak. Persoalannya mengapa anda nak beli aset-aset ini?”

    “Wang diberi orang ramai untuk membantu orang. Jadi kalau bak beli aset pun, ia perlu dibuat dengan betul dan tidak boleh libatkan manfaat peribadi,” katanya.

    SPRM turut menyiasat pembelian jongkong emas oleh Aman Palestin. Pertubuhan itu sebelum ini memberitahu SPRM ia merupakan cara untuk menghantar bantuan kepada Palestin.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts