Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAzmin: PN tak risau Mahathir ramal DAP menang di KKB

    Azmin: PN tak risau Mahathir ramal DAP menang di KKB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Perikatan Nasional (PN) tidak risau dengan ramalan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan (PH) akan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini.

    Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali sebaliknya berkata pengundi KKB yang menentukan kemenangan calon bukan Mahathir.

    “Itu pandangan Dr Mahathir. Kami menghormati pandangan beliau sebagai tokoh politik negara.

    “Tapi, yang menentukan kemenangan adalah pengundi di Kuala Kubu Bharu,” katanya kepada pemberita, semalam.

    Mengulas lanjut, Azmin berkata bahawa partinya sedang turun padang memberikan penjelasan dan meyakinkan pengundi tentang dasar perjuangan parti.

    “Akhirnya, pengundi yang akan tentukan dan saya yakin mereka matang khususnya anak muda yang ada akses kepada maklumat melalui internet dan sebagainya,” katanya.

    Sebelum ini, dilaporkan bahawa Mahathir meramalkan calon PH akan menang pada PRK ini susulan perpecahan di kalangan pengundi Melayu.

    PRK DUN KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PN Khairul Azhari Saut, calon PH Pang Sock Tao serta dua calon lain, Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

    Kuala Kubu Baharu yang dikenali sebagai ‘kerusi campuran’ dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

    Seramai 40,226 pengundi layak mengundi pada PRK ini.

    Daripada jumlah itu, seramai 39,362 orang adalah pengundi biasa, 238 orang tentera dan pasangan, 625 orang polis dan seorang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan diadakan pada 11 Mei manakala tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts