Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBacaan Qunut Nazilah di surau, masjid di Perak diteruskan

    Bacaan Qunut Nazilah di surau, masjid di Perak diteruskan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masyarakat di seluruh Perak meneruskan bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza yang terus menghadapi serangan rejim Zionis Israel. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim, menegaskan bahawa doa itu perlu diteruskan selagi umat Islam di Gaza masih berhadapan dengan ancaman rejim Zionis.

    “Kita teruskan dan banyakkan berdoa. Kita tiada masalah tentang Qunut Nazilah ini dibuat dalam setiap solat fardu, malah digalakkan kepada semua perbanyakkan doa untuk sahabat kita di Gaza supaya Allah SWT melindungi mereka,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Hi-Tea Pelancaran Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Anak Yatim serta Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Perak di Ipoh, semalam.

    Sebelum ini, pada 9 Disember lepas, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menyatakan bahawa bacaan Qunut Nazilah yang dilaksanakan selama sebulan di masjid dan surau di Pahang sebagai solidariti kepada rakyat Palestin, ditangguhkan sementara selaras dengan sunah Rasulullah.

    Menurut beliau, berdasarkan hadis, Rasulullah hanya melaksanakan bacaan doa itu selama sebulan sebelum ia dihentikan.

    Harith Fadzilah turut menyatakan bahawa JAIPk masih menangguhkan aktiviti mengajar dan syarahan oleh penceramah dari luar mahupun dalam Negeri ini di masjid, surau diri Jumaat (SDJ) dan surau yang berdaftar dengan jabatan itu.

    Beliau berkata beberapa perkara yang tertakluk di bawah Garis Panduan Permohonan Penceramah dan Pengajar sedang diperhalusi bagi memastikan tidak berlaku isu berbangkit.

    Di samping itu, pada 23 Ogos lepas, Harith Fadzilah menegaskan JAIPk mengambil keputusan menangguhkan sebarang bentuk aktiviti mengajar serta syarahan membabitkan pendakwah dalam dan luar Negeri berkuat kuasa serta-merta hingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

    ALSO READ:  Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing di George Town

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts