Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBadan Peguam kemuka permohonan ketepi pengurangan hukuman Najib

    Badan Peguam kemuka permohonan ketepi pengurangan hukuman Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Badan Peguam Malaysia memfailkan cabaran undang-undang untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman dan denda Najib Razak.

    Permohonan itu difailkan firma guaman Amir & Rajpal Ghai bagi pihak badan berkenaan.

    Mereka mengemukakan permohonan bagi mendapatkan semakan kehakiman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu.

    Sebelum ini Badan Peguam Malaysia sudah mengumumkan rancangan mereka memfailkan cabaran mahkamah berkenaan.

    Najib sebelum ini dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah.

    Lembaga pengampunan berkenaan kemudian memberikan potongan apabila membenarkan bekas perdana Menteri itu dipenjara hanya selama enam tahun, dan denda sebanyak RM50 juta.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts