Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Zahid

    Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu – Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bagan Datuk akan menjadi pusat pendidikan utama dalam tempoh terakhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa pada masa ini, terdapat empat institusi pendidikan di daerah tersebut termasuk Politeknik, Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah Menengah Sains.

    “Pada masa ini sudah ada empat institusi dan saya jangkakan dalam tempoh terakhir RMK12, akan wujud dua lagi institusi pendidikan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu di Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi di Sungai Balai di Bagan Datuk hari ini.

    Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyatakan bahawa sekolah tersebut dijangkakan siap dalam tempoh 30 bulan dan mampu menampung lebih 400 pelajar.

    Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi diasaskan oleh Ahmad Zahid sebagai contoh perananan kecemerlangan ilmu dalam dunia pendidikan bagi melahirkan huffaz yang profesional, kompeten serta mampu bersaing dengan arus perdana revolusi industri demi agama, bangsa dan negara.

    Sebelum ini, dalam ucapannya Ahmad Zahid berkata bahawa beliau merancang untuk menjadikan Bagan Datuk sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengajian al-Quran terutama apabila sebuah pusat tahfiz antarabangsa mula beroperasi di daerah itu dalam masa terdekat.

    Ahmad Zahid berkata dana Yayasan Akalbudi yang dibekukan sebelum ini susulan kesnya di mahkamah dijangka dicairkan semula serta dipulangkan kepada beliau sebagai pemegang amanah dalam tempoh terdekat dan akan diguna bagi membiayai perbelanjaan Maahad Tahfiz.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts