Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Bahayakan pekerja' - bekas MP bidas jawapan Menteri isu buruh paksa

    ‘Bahayakan pekerja’ – bekas MP bidas jawapan Menteri isu buruh paksa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas ahli parlimen Klang Charles Santiago telah mengecam kenyataan Kementerian Sumber Manusia yang dianggap meremehkan isu buruh paksa.

    Pemimpin DAP itu menyatakan bahawa kenyataan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar yang mengakui masalah tetapi merendahkan tahapnya adalah “tidak bertanggungjawab” dan “bahaya” terhadap pekerja yang terperanangkap di dalamnya.

    “Respons Sivakumar adalah ‘red flag’. Amalan buruh paksa wujud, dan pengakuannya mendedahkan satu sistem rosak yang mengancam hak dan keselamatan pekerja yang rentan.

    “Sikap Kementerian Sumber Manusia yang kurang kesegeraan (berhubung masalah itu) adalah mengejutkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Charles mempersoalkan kenyataan Sivakumar yang mengakui wujudnya masalah buruh paksa di Malaysia tetapi menyifatkan sebagai “terkawal”.

    “Saya tak kata tiada (masalah) buruh paksa, tetapi saya fikir angkanya tidak begitu besar.”

    “Kami sedia untuk ambil tindakan tegas jika ada majikan yang mengamalkan buruh paksa,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

    Kenyataan tersebut adalah hasil daripada dakwaan aktivis berpangkalan di United Kingdom, Andrew Wallis yang menyatakan bahawa perhambaan moden wujud sebagai “industri haram yang signifikan” di Malaysia.

    Wallis juga menganggarkan seramai 212,000 orang menjadi mangsa buruh paksa di Malaysia pada satu-satu masa.

    Charles juga menyatakan bahawa Kementerian Sumber Manusia perlu bekerjasama dengan NGO untuk melakukan kajian bersama berkenaan masalah buruh paksa.

    “Kementerian perlu komited untuk menyenaraikan majikan yang tidak patuh kepada piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

    “Menyiarkan nama majikan yang disenarai hitam di laman sesawang mereka juga akan mewujudkan budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban di kalangan majikan,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts