Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBaju batik selesa, ceriakan pejabat - penjawat awam

    Baju batik selesa, ceriakan pejabat – penjawat awam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemakaian baju batik Malaysia bagi penjawat awam pada setiap hari Khamis bukan hanya selesa sebaliknya mampu menceriakan suasana pejabat dengan coraknya yang terang dan menarik. Tinjauan Bernama mendapati hampir semua penjawat awam Persekutuan dan Negeri memakai baju batik ke pejabat hari ini apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan arahan pemakaian batik Malaysia setiap hari Khamis bagi penjawat awam Persekutuan menerusi edaran bertarikh 21 Ogos lepas.

    Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis (JAPEN) Shameelawati Shaari, 41, berkata pemakaian batik selesa kerana ia diperbuat menggunakan kain seperti kain mori, kain shantung, kain sutera dan kain kapas sesuai dengan cuaca di negara ini. “Apa yang lebih menarik baju batik ini tampak eksklusif kerana mempunyai pelbagai motif seperti flora, fauna, geometri, abstrak dan lain-lain. Pengguna mempunyai banyak pilihan baik dari segi harga dan kualiti,” katanya kepada Bernama di Kangar hari ini.

    Katanya selepas kerajaan mewajibkan pemakaian baju batik, ramai pengusaha batik yang memberi sokongan dengan menawarkan harga promosi yang berpatutan untuk penjawat awam. Turut berkongsi pendapat yang sama, Sufian Kamarudin, 39, dari Unit Gerak Saraf dan Pengurusan Isu JAPEN Perlis berkata pemakaian batik Malaysia dapat memartabatkan lagi industri batik di negara ini. “Bagi saya tidak ada masalah untuk pakai baju batik kerana ia selesa dipakai, baju batik juga tampak istimewa kerana ia mempunyai corak yang menarik dapat memberi lebih keceriaan kepada pemakainya,” katanya.

    Beliau berkata baju batik yang dipakai tidak semestinya mahal sebaliknya apa yang penting adalah selesa dan sesuai dipakai pada waktu bekerja. Sementara itu, Setiausaha Pejabat Bahagian Dewan Undangan Negeri Perlis, Norshita Abdullah berkata beliau menyokong usaha tersebut kerana menjadi amalannya dan beberapa rakan sekerja lain memakai baju batik di tempat kerja sebelum ia diwajibkan kepada penjawat awam. “Baju batik Malaysia mempunyai keunikan tersendiri berbanding pakaian kerja yang lain, ia bukan hanya cantik malah elegan,” katanya.

    ALSO READ:  Ejen insurans rugi lebih RM40,000 ditipu scammer

    Justeru, Norshita berharap selepas ini orang ramai akan lebih menghargai batik Malaysia kerana pembuatan batik memerlukan kepakaran dan mempunyai nilai seni yang tinggi. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts